Kematian Kamal Attartuk yang menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah: 
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 
2. Sakit jantung 
3. Penyakit darah tinggi 
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba 
    untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak  
    ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat 
macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
    
    Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan  
    yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana 
    tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung-jawab telah menghantar 
    beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa 
    sejuk.
   
    Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau  
    pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang   
    ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya 
    meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan 
    dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga  
    adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan 
    menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan di tanah 
    perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak 
    bayangkan bagaimana tanah tidak enerimanya).
   
    Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan 
    sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) 
    Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).  Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam 
    semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya 
    dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya
    ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan 
    Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini 
    tidak menerima Kamal Atartuk!" 
    Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Fikirkanlah.......! 
 

2 comments:
pergh...takut aku bc cite ni...
dahsyat sungguh~
subhanallah~ maha suci Allah~
tula, balasan kat dunia yg Allah nak tunjuk supaya kita yg hidup ni sedar... jgn sesekali mempersenda n mempermainkan agama...
mudah2an kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayangNYA~ insyaAllah~
Post a Comment